Tuesday, May 12, 2009

Kembali Ke KK


Ke esokkan hari kami bersiap awal, berkemas dan mahu terus bergerak ke kota kinabalu selepas kunci bilik di serahkan di kaunter.

Ego aku telah aku buang jauh-jauh, kemarahan tidak begitu membara lagi. tapi hati tetap sedih. Buat selamba je.

Dalam kereta kali ni kami banyak berdiam. Lagipun aku tak tahu nak bercerita sangat. Mungkin dia perasan yang aku banyak diam... dia lagi banyak berbicara kali ni.

Dalam masa 2 jam kami dah sampai di Kota kinabalu.

" Ai..cepat juga u bawak kereta "
" Eh,yeke? "
" Hm..tak sampai 2 jam..biasa 2 jam lebih "
Aku tau dia cuba nak amik hati aku je..biar la...hati masih membara, tapi pandai jugak dia nak sejukkan hati aku.

Sampai di Kota kinabalu aku makan bersama dia di sebuah restoran yang dah aku lupa nama restoran tu...berbual serba sikit dan aku hantar dia ke rumah...tengah-tengah bersembang aku mula berfikir apa yang aku boleh buat baki lagi 2 hari di Kota Kinabalu sebab tiket flight ke Sandakan 14hb.

" U ikut i pergi Labuan nak? "
" bila? "
" esok "
" tapi Labuan tak boleh balik hari kan... i dah bagitau u, tiket feri cuma pukul 8am dan 1 pm "
" kita tidur sana la 1 malam...pagi-pagi kita gerak balik kk "
" Hm..ok jugak"

Aku senang hati, dia betul-betul percaya dengan aku. Aku mesti tak boleh musnahkan kepercayaan dia pada aku. Susah perempuan nak percaya aku macamni.

Selepas hantar dia balik. Aku masih terfikir-fikir nak kemana. masa panjang lagi, jadi aku balik ke rumah Labu. Labu kerja, Aseng kerja..hm...

Kerana tidak ada sumber internet dan aku pun tak tahu nak ke cyber cafe mana yang terdekat. Aku cuba mintak tolong Aseng untuk beli tiket online dari Sandakan ke Tawau. Tapi Aseng kata takde, so..aku kena cari Alternatif lain..xpe.

Aku cuba hubungi Dora...mungkin dia kecik hati sebab dari aku datang hari tu, baru berapa kali aku sms dia dan jumpa pun tidak..lagipun, siapa la dia yang aku beria-ia nak keluar dengan dia..hm..
.
.