Thursday, November 12, 2009

Awal Pagi Itu


Keadaan Pagi itu sangat huru-hara. Dengan beberapa orang murid sekolah memekik dan yang lain nya seperti bersorak, aku jadi binggung. Apa yang dah terjadi? Seketika itu aku lihat beberapa kelipan cahaya yang mengilaukan mataku.

“ Beng! Bagun..bagun..tempat budak-budak ni terbakar! ”

Cepat-cepat aku mengalihkan selimut dan bingkas bangun dari katil. Aku pandang wajah Labu yang terpaksa mendonggak sedikit ke atas untuk memandang aku. Seketika itu Labu mengukir senyum dan ketawa. Nyata, cara Labu menyedarkan aku dari tidur berbahaya sekali, otak ku seperti di sentap kejatuhannya. Labu hanya tersenyum dan pergi, keadaan budak-budak sekolah masih lagi bising. Aku menarik selimut kembali merapatkan tubuh ke dinding. Aku lihat jam 6.45am...

“Beng,bagun..aku mahu kerja ni..nanti ko lambat pula”

Sebaik aku membuka mata, aku hanya dapat lihat bayang Labu yang sudah pun berlalu meninggalkan aku sendiri dalam bilik. Dia sudah siap berpakaian kemas.

“ Ko bagun, mak aku ada masak sedikit. Ada dalam saji, nanti ko ambil sendiri ”

Itu pesanan terakhir dari Labu, setelah beberapa minit Labu keluar, keadaan menjadi senyap sunyi. Baru aku sedar, hanya aku seorang yang tinggal di dalam rumah itu. Tak sedap rasanya berada di dalam rumah orang seorang diri. Aku bingkas bangun mandi, membuat segala persiapan dan beg kamera aku galas dan membawa kunci kereta.

Enjin di hidupkan dan di tunggu sebentar untuk memanaskannya…dengan tepat lagi menunggu kata putus sms dari Aseng kemana hendak aku tuju selepas ni.

“Ko tau rumah aku kan? Aku tunggu d rumah.” Sms Aseng sangat simple..sesimplenya dia yakin yang aku takkan sesat.

Dengan keyakinan diri aku pergi ke rumah Aseng. Kalau semalam aku boleh pergi seorang diri, hari ni tak mustahil bagi aku.

“ Rumah ko kalo dari petronas ni nak pergi mana?”

“Petronas?”

“Ko ada signboard apa situ?”

“Damai”

“Ko dah sesat..main-main la ko beng. Jangan pergi jauh lagi ”

“Ok..kalo mcmtu? ”

“ Ko tau balik rumah Labu? ”

“ Tau ”

“ Hah..balik rumah Labu, aku tunggu ko kat sana ”


Hari itu di mulakan balik dari rumah Labu (sekolah). Aseng datang meletakkan motor nya di bawah bagunan bersebelahan pondok pak guard.