Friday, July 23, 2010

Sepang - KLIA,LCCT

" Ah,aku rasa bukan jalan ni...aku pernah pergi dulu.."
"Ni la jalan dia beng..dulu aku hantar abg ipar aku kat sini la.."

Soul cuba yakin kan aku walaupun hati aku dah tak berapa nak tenang..dah lambat. Kalau terlepas flight kali ni, mati aku kena marah dengan En.Ismit...

Aku perhati je kemana kereta ni pergi.. Hah! aku dah agak dah..memang salah.

"Ini Airport MAS... Jap la,aku tanya polis tu"

Jangkaan aku memang betul..aku terus masuk kereta dan bagitau pada ijat kena pusing balik..aku tak banyak bercakap..hati aku dah risau..jam kat tangan dah menunjukkan 930am.. aku cuma ada masa beberapa minit je lagi.

Kelam-kabut aku,aku terus berlari sesampai nya di pintu airport tu..walaupun kaunter dah tutup,aku sempat juga untuk dapatkan boarding pass..

Aku toleh ke belakang,rupanya sol menemani aku sampai ke kaunter,

" Kirim salam kat Ijat,aku kena masuk dulu". Aku pesan pada soul dan terus meluru masuk.

Hah...seat sebelah tingkap kosong. 1st time naik kapal terbang, jakun tu mesti ada. Nak buat macamana kan..

Aku merentasi udara yang nyaman..permandangan yang indah sekali dari atas..pertama kali aku dapat lihat keadaan di Malaysia dari atas dengan mata kepalaku sendiri..
awan putih berkumpul..yang kadang-kadang mengoyangkan kapal terbang.. bukit bukau...
gunung -ganang..lautan biru yang menjadi sempadan antara semenanjung dengan sabah sarawak... terlihat burung-burung hinggap di sayap kapal terbang...( sudah dalam kapal terbang pun aku masih berangan yang bukan-bukan).

Pengumuman :
" Kita akan mengalami keadaan buruk sebentar lagi..sila duduk di tempat anda dan pasangankan tali pinggan keselamatan..penggunaan tandas adalah tidak di benar kan..terima kasih"

Adoila...masa-masa ni juga la perut aku nak meragam.

Kota Kinabalu

Memasuki ruang udara Kota Kinabalu bukan la senang bagi sebuah kapal terbang pada masa ini..sedikit demi sedikit di basahi hujan & tolak angin ribut yang ganas..aku hanya dapat merenung luar tingkap, berdoa dan berharap agar hujan tidak terlalu mengecewakan aku..dari atas aku lihat beberapa tempat sudah di tenggelami air.. Hati semakin risau..
" macamana aku nak buat kerja..."

Sekilas aku memandang lelaki yang bersebelahan aku, dia menegur :

"Hm..habis la..macamana awak nak buat kerja ni?"

Dia tahu kerja aku sebagai seorang fotographer..kami sudah pun berborak lebih kurang tadi..tapi tidak pula aku bersalaman dan bertanyakan namanya..sungguh aku tak tahu kenapa.

Aku cuma senyum dan melihat kembali ke luar tingkap

" Ooo..macamni rupanya tengok hujan dari atas" ..bisik aku sendiri dalam hati. (masih bersifat batak )

Kota Kinabalu International Airport (KKIA)
1.30pm

Aku keluar dari airport dengan muka yang terpingga-pingga..
nak tak nak aku kena juga sms Labu...aku tak tahu apa-apa langsung,apatah lagi langkah aku selepas ini..tiada arah tujuan..

"Beng,kat mana? Aku sini suda..tunggu,aku datang sana"

Aku hanya berdiri di satu tempat,dan melepaskan bagasi dari gaalsan..lega rasanya..
Dari situ aku dapat lihat Labu datang dengan berpakaian kemas..lama sudah aku tidak lihat manusia bertubuh gempal pendek ni..

"Ha..sampai juga ko di Sabah ni..Meh!"

sapa Labu sambil menghulurkan tangan,setelah lebih 4 tahun aku tak bersalaman dengan dia.

Labu mengiringi aku ke kereta GEN2 yang aku lihat di dalam nya seorang perempuan berkulit putih..'oh,mimi..tunang Labu'

Tuesday, June 22, 2010

Bermulanya Perjalanan di Bandar Kota Kinabalu


Kami pergi ke Karamungsing..mungkin itu kompleks yang terkenal di Kota Kinabalu..kelihatan bagunannya sudah lama. Kami makan di situ tanpa aku sedar sebenarnya masa tu kaum-kaum muslimin baru saja lepas dari mengerjakan solat Jumaat di Masjid.Maknanya aku dah terlepas solat jumaat pertama di Sabah...takpe,aku musafir..

" Macam ni la..lepas aku hantar Mimi,ko guna dulu kereta aku..tapi ko jangan lupa pulak ambil aku di tempat kerja..dalam pukul 5 ke..aku dah keluar dari office"

"Takpe ke bu? ok..ok..thank you"

"Ini peta aku bagi kalau-kalau ko sesat..tau..ha,ni office aku.."

"Orait.."


Petang tu lepas aku pergi hantar Labu ke tempat kerja... aku terus pergi ke Masjid pertama..Masjid Negeri Sabah. berbekal kan peta bandar yang Labu bagi..aku yakin aku dapat pergi ke sana.

Setengah jam berlalu..
Dengan keadaan lalu lintas dan otak fikiran aku yang sesak..aku terus kan perjalanan..agak sesat-sesat juga, tapi tidak terlalu jauh..

Sesampainya aku di Masjid Negeri Sabah kat sembulan tu,aku terus amik port yang cantik..untuk memulakan kerja.
Kali ni aku cuma dapat beberapa gambar di dalam masjid..aku naik ke tingkat atas dan bawah, boleh tahan,memang besar sebab aku dah rasa penat sangat dah..fuh..

{ bunyi telefon }

"Ya..hallo "
"kamu di mana ni?"
"Sabah, kenapa?"
"Faizal(labu) kawan kamu kan?"
"Ya..kenapa? sapa ni?"
"Ni balai polis!" Perh...apasal pulak ni..
"Kawan kamu ni tadi, dah bergaduh dengan orang. kamu boleh datang?"
"Err..Datang untuk....?"
"Jamin dia la..kamu datang jamin dia, dia kawan kamu kan?"
"Eh,saya mana ada duit..berapa tu?"
"Hahaha....aku la ni, Labu!..ko kat mana beng?"
"Celakak!"
"Nanti nak datang bagitau aku tau..aku masih di opis nih"

Perh,agak meyirap gak darah aku..berderau rasa..mana tak nya,baru berapa jam sampai Sabah..cauci betul Labu kenakan aku.

Aku teruskan mengambil beberapa keping gambar lagi dari luar masjid, aku hanya dapat mengambil gambar dari dalam kereta..hujan masih tak berhenti...hm...

Aku bergerak untuk ke destinasi seterusnya..tapi kerana ketidak yakinan aku,aku memutuskan untuk terus ke tempat kerja Labu.

Betul,firasat ketidakyakinan aku,aku dah sesat...yes!

Sepanjang Kesesatan aku, aku melayani beberapa SMS :

Mierah : Nzm call td npa..Flght nzm ari ni ea?smpi da kk?hti2 ea..
Daisy : Sy tgh packing nk blk ranau hari ni. U mkn kat ner?
( Aku baru je sampai,dia nak balik kg la plak.. )
Aku : U nak balik Ranau ke??
Daisy : A'ah. Nak blk ranau. Hari ahad nt blk kk la. Wah u dah smpi sbh.
Skrg musim ujan pula. Nk pg jumpe u kejap sbnrnye tp mcm x sempat.
Aku : Hm..Xpela,i pun tengah jalan2 ni..
Daisy : U take care. U jalan2 nk g ner? Sorang2 pula 2. Kena culik br u tau. Haha.
Kalo u sesat o ader ape2, u bgtau sy k. Hati2
Aku : Ok..


Aku cuba bertanya pada pekerja Shell yang ramah orangnya..seboleh-boleh dia memberitahu jalan yang hendak aku tuju..tapi apa kan daya,aku tak berapa faham dengan bahasa yang di tuturkan...

Datang seorang lelaki separuh umur...

"Mahu kemana?"
"Seri Pelancongan"
"Kita tahu di mana Seri Pelancongan?"
"Hah,Bagus la tu..saya memang nak ke sana"
"Kita tahu di mana Seri Pelancongan?"

Soalan yang sama dan aku pening dengan perkataan 'kita' itu.
"Hah...eerr..tahu!" jawab aku dengan tidak berapa yakin..
sebenarnya aku masih tidak faham maksudnya..adakah itu ayat penyata atau ayat pertanyaan.

Dia terus meluru masuk ke dalam kereta
"Ikut kita dari belakang ya" ,Sapanya pada aku.

Bersungguh benar dia membawa aku..walaupun sampai ke persimpangan yang memisahkan kami,dia masih menunjukkan jalan pada aku dengan memberi isyarat dari dalam kereta.

Akhirnya aku sampai,Labu datang dan kami pergi minum petang.

"Kemana saja ko pergi td?"
"Jalan Sembulan la,tu pun aku sesat nak balik sini"
"Hahaha" sambil mengusap-usap perut
"Nasib baik ada brother tu tolong tunjuk jalan"
"Ko tak pergi lagi ke Likas?"
"Tak...takut sesat"
"La..jom la,sempat lagi ni"
"Jom"

Mula-mula aku cuba mengambil gambar dari luar Masjid,tapi keadaan cuaca semakin gelap....Lagipun baru lepas hujan tadi...Aku buat keputusan untuk masuk ke dalam terus,Labu mengekori aku dari belakang. Masuk dengan sopan dan berhemah. Duduk di bahagian tengah..dan aku mula mengeluarkan senjata aku...

Klik! Klik!

"Halo....excuse me..."

Huh,seorang tua menegur aku..habis lah aku kena marah kali ni...

"Sorry sir..u..u.. can...can..not take the picture"

sambil bercakap dengan gaya seperti aku tidak faham kata-katanya...huh

"ha..takpe pak cik,saya boleh cakap melayu"

"Oo..ha...melayu??...ha..jangan tangkap gambar orang tengah solat"

"Oh,tidak..saya tak ganggu orang solat..lagipun,orang belum solat.."

"u from there?....hm..u from where?...u from? "

sungguh aku tidak faham pak cik ini..tapi aku beri dia peluang untuk belajar bertutur dalam bahasa inggeris dengan aku.

"KL"
"Hah,don't take orang nak solat......u..islam?"
"Ye..ye...Islam...of course"
"Hah,ok..thank you..excuse me"

sebab malu semua jemaah yang dah datang tengok aku..aku pun keluar untuk wuduk.

8.00pm

" Lepas ni msg aseng,kita keluar " Sapa Labu pada aku.

Aku bersiap agak lambat,kalau di semenanjung..ini di kira awal lagi. Tapi Labu cakap pukul 9 kedai-kedai akan tutup. Kami ambil Aseng di rumahnya yang tidak jauh dari rumah Labu.

Malam itu aku rasa gembira berada di Sabah keadaannya lain dari semenanjung ,mungkin lepas ni Aseng dan Labu akan bawa aku ke tempat yang lagi menarik. Rasa tak sabar betul...waaa....

( Harapan itu hampa....lepas kami keluar dari One Borneo,kereta Labu rosak.
Malam tu ayah Labu datang dan kami balik awal..aku bermalam di rumah Labu )

Friday, May 28, 2010

Kota Kinabalu , 7 Feb

SMS :

" Daisy,u dah tido?"
" Lom tdo lg. U nk gune 8hb kan. U nak die antar keta 2 katner? Lupe tnye u"
" I ingat, I nak guna cepat la kereta tu..Kalo boleh,arini"
" U nak cepat? U ckp dr 8hb until 14 kan? 14 half day. Huhu. Salah ke? Uwaa"
" Why? X boleh dapat ke? "
" Yeke. Xpastila sb dah bookd start 8hb. Sy try tya esok la. Esok u kat kk gak ke?
Kalau blh i bgtau u. Kalau x, nt i ikthiarkan smthng untk u. :-P hehe. sb org 2 dah
tdo kot. Ok ke? "
" Alamak, macam tu..x susah kan u ke? "
" Xpe i try je sok. Ok? "
" Ok la kalo macam tu..i ok je "
" Hmm yelah 2. So u nk org 2 antar keta 2 katner? "
" Dia boleh hantar kat mana? Atau i kena pergi amik? "
" Org 2 x kisah antar keta kat maner2. U tetapkan tmpt. Kat mrsm pun ok gak. Tp kena
bg specific tmpt la. Ohye. Kalau org 2 tye u pkai keta 2 gner, u jgn ckp u round
sbh. U ckp u round2 kk je. Nt die x kasi u sewa. Hehe. Jgn lupe tau."


Aku terjaga awal hari ni..suasana yang sangat sejuk memaksa aku menarik selimut lagi. Aku pandang keluar tingkap, masih samar-samar, jam di telefon bimbit pun baru menunjukkan jam 630pagi… Berat rasa aku nak bagun dari katil ni, seakan-akan melekat.

"Beng,bagun..ikut aku pergi ambil kereta,aku mahu pergi Papar nanti,ko pakai la kereta kancil tu"

" Hah,ok.."

Mendengar kata-kata Labu, aku bagun dan lepas melipat asal boleh selimut yang aku pakai, aku melompat dari katil double decker tu. Labu suruh aku tidur di atas..sebab dia tak boleh tidur atas…takut jatuh katanya.

Air yang mencurah seakan menyegat urat sendi dan tulang-tulang aku, sungguh kejam….huh,aku marah dengan air yang begitu sejuk..jadi aku tak boleh lama berada dalam bilir mandi.

Setelah siap berkemas..makan lebih kuranng.. aku terus ikut Labu,dengan kereta kancil berwarna maroon itu, sekejap saja dalam beberapa minit aku dah berada di Tuaran.

Di situ lah aku berkenalan dengan Mak Labu, Abang nya yang cintakan haiwan dan kakak iparnya….jauh jugak beza Labu dengan keluarganya yang lain. Rupa paras tidak berbeza sangat,tapi dari segi warna kulit..hm…tidak lah aku kata Labu gelap,tapi keluarganya yang lain agak cerah.

Aku bersarapan serba sedikit kerana hidangan dah tersedia untuk aku dan Labu.
Aku keluar dan lihat keindahan kampung..di situ aku dapat lihat berderet kereta di depan rumahnya.

“ Hm..banyak betul kereta keluarga Labu ni ” kata hati aku…

"Beng,ko ikut dari belakang"

Aku terus menghidupkan enjin dan mengikuti Labu di hadapan yang mengunakan kereta 4WD milik bapaknya yang berwarna putih. Agak tersedak jugak la kereta kancil mengejar kereta 4WD tu...fuh..

Tapi entah kenapa aku lupa..kemana perginya Labu selepas itu,yang aku ingat..aku terus ke petrol stesen yang berada di rumah Aseng. Agak sesat juga,tapi dekat je.
Terlihat wajah Aseng keluar dari lorong yang berlandaskan tanah merah.

" Ok beng,ko dah isi minyak belum? "
" Jap lagi ni la,kita singgah..isi penuh sekali "
" Hah,macam tu kan.."
" Ko betul tau jalan ni seng? "
" Tau la,kalau tak tau pun aku buat-buat tau je..bukan senang nak jalan-jalan dengan ko ni beng "
" Haha...boleh la..dekat je "

Aku meneruskan perjalanan pertama bersama Aseng. Target kami hari ini di sebelah Selatan Sabah. Destinasi pertama adalah Masjid Pekan Papar. Itu tempat paling hampir dari Kota Kinabalu.

" Hah,tu beng..Masjid "
" Bukan Masjid ni..tapi boleh la "

aku singgah sekejap di Masjid Tn Haji.. ..Masjid persendirian.


Masjid Tn.Haji Mohd Ya'acob Misir Kg Beringgis Papar

Sunday, April 4, 2010

PAPAR


"Ha...ko tengok jalan dia..ni bukan highway beng,sini haiwan!"

Aku cuma tersenyum bila sesekali Aseng marah-marah bila aku terlanggar lubang-lubang jalanan dan keadaan jalan yang kelam kabut.

"Ha..ko kena jaga-jaga..kat sini anjing-anjing dia semua gangster..jenis tak reti bahasa"

Berborak dengan Aseng dapat menghilangkan keletihan aku. Tidak sampai beberapa minit aku rasa kami sudah pun sampai di Masjid Pekan Papar. Destinasi Kedua aku untuk hari ni.

Di sana aku tidak mengambil masa lama, hanya beberapa petikan aku terus keluar dan menaiki kereta untuk ke destinasi seterusnya. Masa tidak akan menunggu aku, ada tiga lagi Masjid yang perlu aku pergi sebelum petang dan harap-harap aku sebelum hujan aku sempat melunaskan misi aku untuk hari ni...Aku mendongak ke langit masih kelihatan cerah..matahari tajam memancarkan sinarnya membuatkan mata aku meredup . Tapi firasat aku, panas ini cuma untuk sementara kerana awan di sebelah sana seakan mendung dan menghitam.

"Jom beng..kita jalan. Nah,dah cair dah cokelat ni..makan sikit buat tenaga"

"Ah,bagi aku satu petak je..."

"Tak la,ko kena amik banyak petak...tenaga ni benq"

Aku amik dah makan walaupun aku tidak berapa suka makan cokelat yang membuatkan mulut aku merasa pekat..dah la tengah panas-panas macam ni. Aseng beli cokelat tu masa aku mengisi minyak di petrol stesen tadi.




Masjid Pekan Papar, Sabah



Monday, March 8, 2010

BEAUFORT


Cahaya matahari yang tadinya perit menyucuk kulit-kulit aku kini seakan lari bersembunyi di balik awan. Mata aku yg tadi nya terang penglihatan semakin meredup, semakin menajam memerhati pemandangan di hadapan, sesekali kereta melantun-lantun bila terlanggar lubang di jalanan.

Aseng yang rancak berborak dari tadi kini

diam seketika, melihat pemandangan sekitar. Kadang-kadang matanya terpaku di rumah -rumah yang kedudukannya jauh antara satu sama lain....

harap-harap ada perempuan yang sedang bertengek di hadapan rumah. Hatiku teringin juga melihat, tapi apa kan daya, itu lah kelemahan si pemandu...hanya perlu melihat ke depan,

cuma sesekali aku curi-curi mengerling mata ke kiri dan kanan... jalan-jalan seperti ini sangat merbahaya jika tidak di beri tumpuan, bila-bila saja segala macam akan keluar.

.budak kecil, mak budak, bapak budak, lembu, kereta, motor. Pesanan Aseng untuk berhati-hati selalu aku simpan dalam kepala.

"Hah..tu,tak jauh lagi..kejap lagi sampai la ni..berapa kilometer je lagi..."

"Kat sini...dalam

kampung-kampung ni...banyak betul gereja kan?"

"Bukan setakat banyak je benq..diorang ni pandai kan..cepat tangkap. Diorang

dah tau mana tempat-tempat strategik yang orang-orang dia senang kena tipu. Sebab tu diorang datang sini pesongkan akidah-akidah...yang diorang ni tak tau..main ikut je.."

Aku cuma terdiam..macam marah je Aseng ni...

" Tak la...salah diorang jugak...sepatutnya diorang kena kaji betul-betul dulu

sebelum masuk agama apa-apa..tapi tu la, diorang tak belajar macamana nak mengkaji "

Hm..ada betul jugak kata-kata dia ni.

"Hah..tu la tugas PEKIDA sekarang seng..Persatuan dakwah. Dakwah tu kan maksudnya menyebarkan agama Islam..ko kena buat tu Seng.."

"PEKIDA anjing! tau bergaduh je..yang diorang tau, buah-buah, ranting-ranting..bergaduh je tau "

"Tu la tugas ko..bawak diorang balik ke pangkal jalan.."

"Tak la, diorang sekarang dah jadi merepek kan..bukan nak

berdakwah, nak bergaduh je keje..konon kabel kuat, mana-mana ada abg"

Aku memang sengaja cari jalan marah Aseng,

sesungguhnya dia antara ahli PEKIDA yang kecewa dengan sikap budak-budak zaman sekarang. Aku berani berkata begitu dengan dia sebab aku faham tahap pemikiran dia yang matang...s

eramai kawan yang aku kenal, yang berkecimpung dalam dunia PEKIDA ni,hanya dua orang yang aku boleh tabik dan rasa hormat.

Aseng dengan kematangan dan pengetahuannya dalam ilmu Islam walaupun dia agak sempoi...dan Rakyat dengan cara dia yang matang. Budak-budak yang lain....hm....

"Ha...gelap je beng, tapi hujan tak lebat sangat kan?"

"Ha..la...bagus la.."

semasa aku berada di Pekan Beaufort, matahari terus lenyap, berada di belakang awan yang menebal

yang mengeruhkan cahayanya. Keadaan yang bersesak-sesak di Pekan Beaufort

menghairankan aku. Dari jambatan tadi pergerakkan kereta agak perlahan.

Mata ku meliar-liar untuk mencari di mana terletaknya Masjid Pekan Beaufort, sedang Aseng sibuk memberi arahan kemana patut aku tuju.

" Hah,tu..Masjid dia kat situ "

" Ha...ko masuk sini...tapi, kereta ni semua keluar kenapa?"

"Ntah...ah, masuk je la.."

Aku terus meluru masuk ke dalam lorong yang sempit tu. Hujan renyai-renyai terkadang memaksa aku mengerakkan wiper.

"Astagfirrullah...."

"Ha tu, air dah naik...patut la mamat-mamat ni semua keluar tadi..."

" Huh, dalam Pekan pun banjir jugak? "

"Ish...selambe.... ko tengok tu...diorang buat-buat tak tau je...macam pesta"

Tergelak aku dengar kata-kata Aseng...betul juga tu. Hairan aku lihat masyarakat di Pekan

Beaufort ni. Macam tak ada apa-apa berlaku sedangkan kedai minum yang mereka duduk tu dah di kelilingi air banjir, mereka tetap di situ

makan dan minum macam biasa.

"Diorang ni tak ada apa

Beng....pesta....pesta... air naik baru diorang kuat

minum....haha"

Aku cuba mencari jalan lain. Keadaan di situ agak huru-hara dan kelam kabut. Kereta-kereta bersimpang siur kerana mengelakkan jalan-jalan yang banjir,

sedang ada kereta yang mencari parking menambah serabut lagi keadaan di jalan raya termasuk aku.

" Kita parking sini, jalan sikit la Beng "

Aku cuma diam, membuka pintu kereta dan membawa keluar semua peralatan. Aku tinggalkan beg dalam kereta.

Mata aku tertumpu pada satu kedai foto, bukan sebab ada kamera atau barangan lain, tetapi ada kedai lain di sebelahnya yang ada wanita sopan yang ayu..

" Hei, jom kita... ko tengok apa lagi tu... nak kena pukul tak pasal-pasal...sial tol la mamat ni tengok awek orang plak.." Aseng merungut melihat aku

yang terpaku melihat wanita yang secantik itu.

Masjid Pekan Beaufort seakan membawa aku mengigati zaman peperangan.

Di mana pada masa itu tidak ada seorang pun yang rajin untuk membersihkan bagunan lain termasuk rumahnya sendiri.

Dengan bentuk Masjid yang nampak kukuh dan tegap. aku terbayang seolah-olah Masjid ini menceritakan tentang pertembungan budaya di sini dengan pengaruh pembinaan bagunan-bagunan peperangan. Walaupun keadaan luarnya agak kotor, tetapi keadaan dalam sangat bersih. Itu la Islam, dimana-mana pun ia tetap di jaga. Aku memerhati ke setiap sudut yang ada. Masjid dua tingkat ini mampu membuat aku penat. Aku berwuduk dan menunaikan solat Zohor di sini. Selesai solat aku berjumpa iman dan meminta izin untuk memgambil beberapa gambar pemandangan di Masjid. Pak Imam hanya tersenyum dan mengizinkan.

"Untuk apa?"

"Saya mahu perkenalkan Masjid-masjid di Sabah dengan kawan-kawan di Semenanjung"

"O..ok..ambil la"

Sesungguhnya aku tahu bahawa orang-orang yang jujur itu sentiasa bersamanya orang yang jujur juga. Sebenarnya dialog yang di beri oleh majikan aku dah tersedia, tapi aku tidak akan menggunakannya kerana ia perlu menipu, mana mungkin aku menipu dalam rumah Allah. Jadi, jika di tanya lebih detail lagi oleh imam tu kepada aku..akan aku jawab semuanya dengan jujur.

Selesai semuanya, aku singgah di sebuah kedai mamak di Pekan Beaufort untuk makan tengahari. Lapar rasanya... Tapi, tidak pula aku berani makan di kedai yang di kelilingi air banjir.

Aku masih berfikir, macam mana destinasi selepas ini. Sipitang dan Kuala Penyu...dalam keadaan hujan dan banjir seperti ni...huh!

Aku berdoa supaya perjalanan aku di permudahkan. Cepat sungguh masa berlalu.


Monday, February 8, 2010

SIPITANG


" Boleh sampai ke ni seng? "

" Ntah, kita tengok la...kalau banjir ke tidak "

" Hm..boleh punya.. "

" Aku takut area-area tu air naik tau...bila sini dah naik air kat pekan ni...takut tak lepas nak ke Kuala Penyu"

" Tak pela..kita kan pergi Sipitang dulu "

" Ok..kita cuba la.. "

Alhamdulillah...perjalanan ke Sipitang aku tidak banyak masalah. Sekejap saja aku sudah sampai di hadapan Masjid Hj Hashim. Tapi aku agak berasa hampa kerana keadaan nya tidak seperti yang aku lihat di dalam gambar. Warnanya sudah pudar. Di bahagian belakang nya tidak dapat aku pergi kerana sekatan yang di buat. Masjid ini di dalam proses menaik taraf. Dari depan aku dapat lihat lautan yang berada betul-betul di belakang Masjid tersebut. Beberapa budak-budak kelas agama berlegar-legar di situ, ramah aku nampak Aseng berborak dengan mereka.



" Jom Seng, kita cari tempat lepak-lepak jap "
" Kita cari belah-belah sana...duduk tepi pantai " Sahut Aseng.
.
.
.