Pagi tu kami bersiap awal dan pergi ke kedai makan berhampiran sebelum pergi ke terminal dan memulangkan kereta sewa. Di kedai makan mulut aku gatal nak bertanya, walaupun aku tau hati Daisy dah mula luluh dan membenci aku.
" Daisy..boleh ke kalau kita bertukar-tukar pendapat tentang agama? "
" hm..."
Dia dah mula tak banyak bercakap dengan aku dan suara dia mulai perlahan, sampaikan aku terpaksa membuka gegendang telinga dengan lebih luas.
" Kenapa tiba-tiba u cakap slow ni? i nak dengar pun susah.. "
" Eh, biar la..tak boleh ke? "
Kami berborak pasal agama agak lama, tapi kebanyakkannya aku yang bertanya pasal agama dia... aku lebih banyak nak tahu berbanding dia yang macam tak nak tahu tentang agama aku... agama Islam. Mungkin dia takut aku jampi dia atau dia takut untuk tertarik dengan agama Islam.
Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman atau kafir): tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang-orang kafir) [367], maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (untuk memberi petunjuk) baginya...
Sebenarnya aku mula berbicara tentang agama dengan dia adalah sebab aku agak tergamam dengan tindakan dia semalam yang tidak aku sangka budak kristian koptik ni boleh menjaga diri dengan baik dan kebanyakkan hal-hal agama yang aku tanyakan adalah lebih kurang sama dengan apa yang aku faham dalam agamaku dan aku jadi tak berapa puashati.... yelah, takkan tahap pemikiran aku ni sama je dengan dia. Takkan la ada agama yang sama sepenuhnya, kalau betul sama pun... dia tak kan pakai pakaian yang seksi-seksi.. beberapa soalan yang tak boleh aku ungkapkan, tidak terjawab dan aku takkan tanya dulu.. takut-takut dia kecil hati dan pandang serong dan anggap lain pada aku.
Lepas makan serba sedikit sarapan tu, kami pergi hantar kereta dan pergi ke terminal, di terminal dia hanya duduk. Aku ajak dia pergi borong cokelat dan barang-barang murah yang ada, tapi dia hanya duduk dan tak lama lepas tu dia pergi jalan jauh dari aku.. aku cuma berharap dia dapat memaafkan salah aku, aku tahu dia marah...memang salah aku... biar lah dia tenang sikit dan aku memang berharap supaya dia lebih tenang bila jauh dari aku.
.
.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di dalam feri kami masih berborak sedikit sebelum dia tidur, kami masih dengan topik yang sama, tentang agama...sekali lagi aku yang banyak nak tahu tentang agama dia...sesungguhnya masa itu aku memang tak mempunyai pengetahuan yang luas dan aku tidak bijak untuk berbicara mengenai agama....sangat aku kesalkan.
" Eh... u tau buat holy water? "
" Tau cara... tapi tak berani buat.. "
" kenapa? "
" Yela..dia nak kena orang yang betul-betul pandai buat.. biasanya father la "
" Eh....macamana nak buat tu "
" Biasanya dia dalam kawah besar tau...lepas tu ramai orang datang tengok depan tu dan father pun berdoa la depan tu "
" Lepas tu minum? "
" Eh, tak la...holy water mana boleh minum.."
" Aik, tapi tempat i ada budak yang kena minum...terus masuk kristian "
" Tak la, holy water tu untuk renjis-renjis je "
" Oo.."
Aku dah tak de idea untuk teruskan sebab aku tak berapa banyak pengetahuan untuk berdebat.. dan dia terus tidur lepas tu sampai la kami di Kota Kinabalu, ada la dalam kira-kira 3 jam kami sampai.
Tapi hati aku masih tak puas, aku masih tak faham kenapa dia masih macam biasa, macam takde apa-apa yang aku buat pada dia semalam, macam perkara tu tak pernah jadi... kalau la budak melayu, mesti dah "feel-feel" lebih kurang kat aku... tapi minah ni buat selamber je aku tengok..
Kami berjalan agak jauh dari tempat terminal, dia hanya berjalan dan aku ekori dari belakang.
" U nak g mana lepas ni? "
" Terus balik rumah la "
" Naik apa? "
" Ada bus kat sana...u tau ke nak balik? "
" O... i ni u jangan risau, nanti pandai-pandai la i nak pergi mana" ( walaupun sebenarnya aku tak tahu apa-apa kat sana, dah la Aseng dengan Labu kerja.)
" Hm... tu i punya bus dah sampai "
" Oh "
Dia cuma mengankat tangannya seperti takbik dengan aku, lepas tu dia terus blah. dan aku tercengang-cengang kat tengah-tengah bandar Kota kinabalu yang aku nak kemana pun tak tahu..duit dah abis beli cokelat...
Hmm... treet! treet!
SMS :
Aseng : Weit ko lpak mane tu?kang bu ambk ko ke weit
Benq : Xla,aku pun xtau nak lepak mna ni
Aseng : Kalo di k.k ok, kang ko tadak sape ambk ko tngu kt ne kt k.k aku g ambk, mlm ni g umah pgarah angkap brng plak,sok g tenom tngok projek hampeh tol wei
Benq : Ha..datang la. Minah tu pun dah bla..
Aseng : Awekz dah blik ke? kang ko boring, aku blik dulu ambk helmet g ambk ko, aku kuar opis jam 5 wei
Aseng : Apala wei,takpe kang aku g ambk ko k.orintal otel area kan
(masa aku msg dgn aseng ni aku ada lepak kat sebuah kedai makan di KK,lupa nama kedainya,tapi yang pasti ada seorang gila cina datang mintak duit,dia jual no ekor yg di tulis atas kertas berwarna cokelat.)
Aseng : Ok ko lpak dulu aku blik ambk helmet dlm dkt 6 aku smpai,ko ok ke weit?
Benq : Ada orang , number tak kenal dok tepon2 aku ni..sape ntah
Aseng : Yg haritu la kot yg dato tu wei hahaha ko lpak dulu kang aku smpai k
( dato yg dimaksudkan aseng adalah dato yg kitaorg jumpa masa kat kudat @ papar, yg nak hire aku sebagai photographer dia)
Daisy : U dah sampai rumah ke?
Benq : Dah. Nape?
Aseng : Ok aku o d way g kt ko.nti smpai aku ckp
Benq : i tgok gambar-gambar yang masa kita kat labuan,cun la semua
( ayat utk tengok respon Daisy sama ada masih marah atau tak dengan aku )
Daisy : Cun ke? Minta :-P
Daisy : Lor.. Kena beli ke. Xpela. Biar jer la. :-(
Benq : hm,tp kalo u lagi supporting,possing2 mesti lg cun.
Daisy : Haha. Sy x suke la jd subjek. Haha. Tp suke tgk gmbr sndr :-P
Daisy : Bukan candid. Tp mst dgn kepakaran u.
masa ni Aseng dah sampai untuk ambil aku di sebelah milimewa the store KK, aseng macam biasa bawa aku ke tangjung likas,makan sayap.
---------aku tak sanggup & belum bersedia untuk menulis bab yang berat ini------------