"Ic u katner u letak? U bw dlm toilet ke? Lupe minta u td."
Ic? nak kena guna ic la pulak beli tiket feri ni..aduh, aku terus keluar. Sebab ic aku dah sememangnya pada aku, takkan aku nak tinggalkan kat orang lain pulak.
Sebaik keluar dari tandas, aku tengok dia dah duduk di kerusi, dia menghulurkan duit baki pada aku dan suruh aku beli tiket cepat. tapi yang aku muskil masa kat kaunter tu... tiket aku cuma RM21, tapi Daisy pulangkan pada aku duit Rm29 ringgit sebab aku bagi dia rm50....ish, takkan la dia nak songlap duit aku...ish, tak mungkin...mesti dia tersalah bagi. takpela, aku terus gerak, tiket aku genggam di tanggan, menggalas beg di bahu dan terus mengajak dia ke jeti.
Di jeti aku buat-buat tanya
" Eh, tiket u beli tadi berapa? "
" Rm29...nape? "
" Aik...nape tiket i rm21 je? "
" Eh...u beli yang second class.... kan i suruh u beli yang 1st class.."
" Eh, yeke? u ada cakap ke? "
" Ada la...haiya.... Abis la....u kena duduk bawah, i duduk atas....duduk bawah pening tau..."
Perh! aku cuma diam kan diri...niat aku nak duduk sebelah dia.. sebab tu aku bagi duit tadi.. tak pasal-pasal aku yang bayar tapi aku duduk second class.. hati aku agak berapi gak, tak tahu salah siapa sebenarnya.. Ala, bukan dia tak boleh tunggu aku keluar tandas tadi...memang sengaja nak duduk jauh-jauh dari aku...cilakak punya feri!
Masuk dalam feri kami di pisahkan, dia duduk di atas dan aku di bawah. Aku redha je takdir ilahi, walaupun dalam hati masih panas membara. Niat aku untuk melihat keindahan pantai bersama Daisy tadi dah bertukar dengan melihat keindahan pantai bersama mamat mana ntah...hati aku memang tak keruan betul..cis! cis! cis!
Tepat pukul 11.15am aku sampai di Labuan. Setibanya aku di Labuan, aku terus turun. Aku tinggalkan Daisy terkial-kial keluar dari Feri, hati aku memang tengah marah sebab tu perlu cepat-cepat ke tandas untuk melepaskan hajat. Saja aku berada di dalam tandas lama-lama, nak biar minah tu sorang-sorang tunggu aku kat luar. Tak lama lepas tu aku terima sms :
" Wei, u katner ni? Dah kuar ke belum? "
Huh...tak sampai hati lak aku nak biarkan dia kat luar tertunggu-tunggu aku, dah la dia tak tahu apa-apa pasal Labuan ni. Sedangkan aku pun tak tahu apa-apa jugak.
Hujan sedikit renyai-renyai. Aku cuma pandang dia dan dia pandang aku, dan kami pandang hujan gerimis yang turun.
" Lepas tu? "
" Ntah..i pun tak tau.."
" So? "
" Takpela, kita cari teksi dulu...lepas tu kita suruh dia hantar kat hotel mana-mana, lepas tu kita pergi jalan-jalan k? "
" Ok..i follow u je "
Aku redah cari teksi. hujan dah berenti, dia pun follow aku.
" Pak cik bawak kami kat tempat yang banyak hotel eh ?"
" Ok..yang belakang pakai seatbelt, nanti kena saman !"
Aku pandang cermin lihat belakang, dia tengah siap-siap pakai seltbelt, aku tergelak kecil dalam hati. Dia yang biasa tegur aku untuk pakai seatbelt, kali ni dia pulak yang kena tegur. padan muka.hihi..
Aku rasa dalam teksi tu aku dan Daisy dah kena kelentong, pakcik tu asyik pusing-pusing tempat yang sama, lepas tu rm30...perh! Aku tak salahkan orang Labuan, tapi aku salahkan pakcik tu...takpela, memang dah rezki dia kat situ.
Sampai di sana, kami pergi tanya 2 hotel, yang agak-agak murah dan selesa.
Dekat-dekat dengan kedai 'Jason'. Hotel apa aku dah lupa.
Kami berehat sekejap, dan aku perasan di kaunter hotel tadi ada iklan untuk sewa kereta, bagus juga ni.
" Daisy, u g tanya berapa sewa kereta tu "
"Jom la, ambil towel sekali "
" Ok la "
" Ha..ini ka..sewa bawah punya..itu kedai Jason sana "
" O..macamna kira? "
" Rm80 24jam "
" Ok..bagus "
Aku dengan Daisy terus ke kedai bawah tu...tapi, nampak macam kedai hardware.
" O..mau sewa kereta? Itu viva "
" Saya parking di sebelah kedai sana..ini kunci "
Aku mengambil kunci dari tangan auntie tu dengan gaya tergamam, dan Daisy cuma tengok aku..
"Aik, macam tu je bagi sewa? senang nya.."
" ntah "
" Ah..jom la, pergi ke destinasi seterusnya..haha "
Destinasi pertama yang aku pergi adalah masji Labuan, aku mesti settle kan keje aku, lepas tu baru la boleh pergi jalan-jalan. Tiba di Masjid Labuan, aku tinggalkan dia seorang di luar pagar. Dia pun taknak masuk...takut agaknya...yela, bukan agama dia. bukan macam aku yang tak kesah masuk tokong atau gereja.
Ambil gambar lebih kurang dengan kesusahan,adanya budak-budak kecik yang menganggu, akhirnya aku di tegur seorang pak cik yang sedang membersihkan sawang-sawang di bahagian penjuru masjid.
" Dari mna? "
" Dari Kuala Lumpur cik..tapi asalnya dari Johor "
" o..pakcik ada sedara di johor "
gaya percakapan pak cik ni, tak macam orang Labuan langsung, macam orang semananjung je.
" Ha...buat apa ambil gambar kat sini? "
" saja-saja cik, ingat kalau dapat buat web dengan buku sekali "
" O..bagus la tu.. ha, dah lama awak jalan-jalan keliling masjid ni kan..apa yang awak nampak? "
" nampak apa? "
" Yela..bentuk apa masjid ni? "
" Eh..tak tahu pulak saya "
" Ni..kalau awak perasan, bentuk bulu tangkis..yang orang main badminton tu.."
" O..tu la,saya tengok pun memang unik .."
" Datang seorang je? "
" Tak la, dengan kawan...tapi dia tak nak masuk "
" Eh...ajak la dia masuk sekali..tengok masjid ni "
" Tak boleh la cik..dia non-muslim..kristian "
" Eh..lagi bagus...mudah-mudahan dia tau macamana agama kita "
" Tapi pakaian dia tak sopan cik "
" Eh..ada jubah kalau nak dia masuk.."
" Takpe la cik, dia pun takut agaknya .."
" Awk nak tau..dulu, ada sorang mat salleh, yang mahu jadi paderi datang ke sini melawat...mula-mula dia datang pagi, lepas tu petang dia datang lagi...duduk sorang, dia perhati je masjid ni.. saya pergi tegur dia, dan dia kata dia tertarik dengan Islam dan masjid ni dia nampak unik... dia rasa macam free bila duduk tengok masjid ni... jadi saya suruh dia datang malam tu, sebab kat sini, bila ada hari-hari penting, memang dia bukak semua lampu, jadi nampak cantik la..."
cerita pak cik tu tergantung kat situ je, sebab aku dah lupa dia cerita apa, yang aku ingat aku kesian kat Daisy yang sorang-sorang duduk dalam kereta tu.
Hari itu aku dengan Daisy pusing-pusing Labuan walaupun tak tahu nak g mana.
Mula-mula kami pergi ke satu pantai yang indah dan aku pun dah lupa nama dia , tapi kami akhirnya singgah di Kg Layang-layangan, duduk di tepi pantai minum petang dan masa itu aku dan Daisy memerhati matahari yang sedang terbenam...suasana yang sangat indah sampai kan aku terlalai untuk solat magrib..
Kami terus balik ke hotel dalam keadaan sesat dan jalan yang semakin gelap.
kami sampai di hotel dalam beberapa minit. Aku lihat dia keletihan, dan aku pun...tapi aku lapar. Di Labuan, nyata tiada apa yang menyenagkan untuk melepaskan tekanan, tiada yang seronok aku tengok.. jadi, lebih elok aku cepat tidur, boleh bagun awal.
" Kenapa u tak suka kat i? "
" Tak tahu "
" adakah sebab agama? "
" Mungkin "
" macamna kalau i cuba faham agamu u? "
" Susah "
" Macamna kalau u cuba faham agama i? "
" Susah "
kami tidur...dan malam tu aku dah buat kesalahan yang besar yang memungkinan dia tak kan terima aku lagi dan tak kan percaya aku lagi. Dan kesilapan yang paling besar adalah aku telah memalukan agama aku sendiri.. sayang, aku terlupa tentang iman. Aku tak sangka yang dia sebaik ini, tak serupa langsung dengan penampilan dan sifatnya...aku bagaikan tersentak.