" I tgu kat bustop yg ader byk lori n treller. "
Pagi-pagi lagi aku dah bagun, dalam pukul 6 pagi..budak-budak sekolah pun dah mula bising.. walaupun dah terjaga, Labu tetap mengerakkan aku bangun tidur.
"Benq, bgun oi...nanti terlepas pulak ferri ko nak ke Labuan..nak ke sana jem tu "
Aku lompat dari katil, sms Daisy untuk dia bersedia, aku dah mintak tolong Labu supaya hantar aku dan Daisy ke terminal feri pagi ni.
" U dah siap ke jap lagi i sampai k " ........
dia tak balas...mungkin takde kredit, takpela....aku gerak terus jela nanti. Aku pun tak nak susah kan Labu, sebab lepas dia hantar aku dia nak kena pergi kerja pulak, mana boleh lambat-lambat.
Tepat 6.40am aku dah hampir sampai depan kawasan perumahan dia.
" I tgu kat bustop yg ader byk lori n trelker."
message dari Daisy yang dia salah taip, treller sebenarnya tu.
Tak lama lepas tu aku sampai tempat yang dia cakap, aku lihat dia duduk di bustop berbaju cokelat dan berskrit putih sambil mengalas beg baju, Labu pandang aku sambil tersenyum.
" Ni ke benq? Cina mana ko nak bawak ni? "
" Ha..dia la ni "
" Hai Daisy..." Sapa Labu padanya.
" Dia cuma tersenyum...aku tahu dia susah nak layan orang yang dia tak kenal "
dalam kereta hanya aku dan Labu yang banyak berborak, Daisy cuma duduk diam di belakang, sesekali Labu cuba buat dia bercakap dan menegur kerana dia cuma mendiamkan diri. Lagipun perjalanan ke terminal tak lah lama sangat, cuma masa tu aku yang rasa lama sebab dah tak tahan nak ke tandas. Tak sempat kat rumah Labu tadi.
Sampai di terminal Labu cuma turunkan kami dan terus ke tempat kerja. Aku dan Daisy bergegas ke kaunter membeli tiket, tapi sebab tak tahan kan perut yang dah sakit, aku cuma bagi duit pada dia dan terus meluru ke tandas berhampiran.
Fuuuu.... tret! trerttt!!!
Hala....sape pulak bagi message masa aku sedap-sedap lega ni...