Pagi macam biasa, Labu mengejut aku dan hari ini lebih lagi sebab aku di kejutkan sekali dengan terikan buadak-budak sekolah ni. Kipas angin yang berpusing-pusing di atas...betul-betul menyegat badan, sejuk betul...dengan keadaan pagi yang suram ni, rumah Labu dah pun kosong...penghuninya masing-masing dah tinggalkan aku untuk menjalankan aktiviti harian di tempat kerja. Pagi ini aku kena cepat sikit. Aku dah janji dengan dia. Aku tak mahu dia menunggu lama.
BEVERLY HILL
Beverly Hill agak senang untuk aku tuju, walaupun agak tersesat dan terbabas sikit. Dengan sedikit paduan plan yang di lukis oleh Labu. Aku masih boleh sampai ke jalan yang penuh sesak dan jahanam itu. Lagipun, sebelum sampai ke sana aku sudah pun sms dia awal-awal..bila dia kata kredit dah habis, aku call la. Bila aku call pun dia susah nak angkat, naik juga darah...tapi reda balik bila dengar suara dia. Takpe...mungkin dia tengah sibuk bersiap...pujuk hati sendiri. Tepat aku dah berada di kawasan rumah dia. Aku nampak beberapa penghadang jalan di pintu pagar dengan tanda "STOP' dan berlampu merah, hijau...ada dalam empat lorong kelihatan di situ. Aku cuba masuk tetapi penghadang tu seperti menjeling aku tanpa menaikkan dirinya, aku malu dan berpatah balik.
" I tunggu u kat tempat-tempat yang ada lori ni eh " sms kepada Daisy.
Hampir beberapa minit aku menunggu di situ ternyata rumah dia seperti agak jauh. Aku mengurut perut yang rasa pedih. Aku perlu mencari tandas.
" Nanti u tunggu dekat kereta kancil BFL000 tau, i nak pegi toilet jap "
Satu tandas pun aku tak jumpa! Haram betul! Jadi aku berpatah balik ke kereta, dari jauh aku dapat lihat dia sudah pun berdiri di sebelah kereta sambil memerhati keadaan sekeliling sepertinya dia mencari aku. Berbaju cokelat dan berskirt putih, memang menarik untuk aku.
" Hm...camana hari ni..ok? "
" ok "
" Jom...kita pergi Ranau dulu hari ni k? "
" Ok.."
" Ops..sebelum u masuk kereta ni..u ada tugas tau "
" Apa dia? "
" U kena tolong i bukak pintu "
" Why? "
" Sebab pintu i tak boleh buka dari luar "
Kami singgah di petrol stesen, membeli cokelat dan mengisi minyak penuh. Dia menunggu aku di dalam kereta sambil aku ke tandas sekejap.
Perjalanan untuk keluar dari Kota Kinabalu tidak begitu mudah, agak memakan masa yang lama. Sebab, aku mungkin sudah membawa pemandu pelancong yang lebih kurang pengetahuaannya tentang Kota Kinabalu...sesat... Tapi aku tak pernah kisah dan tak pernah peduli, sebab dia dah pun bagitau aku perkara tu awal-awal lagi, sebelum aku sampai Sabah lagi, lagipun aku nak kisah apa sebab aku merasa bahagia sekarang ni.
Hampir 1 jam, kami dapat keluar dari Kota Kinablu dan menuju ke Ranau. Pesan Labu dan Aseng sentiasa aku ingat " Baik-baik beng pergi sana, drop gear break suma nak kena betul, sana bahaya..tak macam genting ". Tapi aku bersyukur hari ni. Kereta ni tidak langsung buat hal seperti sebelumnya. Cuma bunyi alarm yang membingitkan dan pintu kereta je yang rosak sikit.
Agak penat, tapi aku rasa agak senang juga sampai ke Pekan Kundasang. Jalan yang berbukit, dengan keadaan cuaca yang semakin sejuk. Aku merentas kabus-kabus yang ada. Sebaik dia memadamkan aircond, dia membuka tingkap dan melambai-lambai tangan keluar.
" U buat apa tu ? "
" Rasa... angin....i mmg suka buat macam ni la "
" Best ke? "
" Best "
Kelihatan di tepi-tepi jalan gerai-gerai yang di dirikan berbahankan kayu menjual pelbagai barangan. Pekan Kundasang agak sibuk aktivitinya. Aku memerhati sekitar. Aku merasa ada sedikit ala-ala macam negara cina. Dan selepas merentasi beberapa kawasan lagi, sampai la kami di pekan Ranau. Pekan Ranau agak unik bagi aku, bukan sebab itu kampung halaman Daisy. Tapi aku memang suka keadaan tu. Nyaman dan menyenangkan. Aku tertarik bila lihat beberapa budak sekolah yang berjalan dengan baju tebal. Terdapat sedikit kabus berganjak di atas kepala mereka...berjalan merentas bukit-bukit. Keinginan untuk menangkap gambar keadaan itu sangat melonjak-lonjak. tapi apa kan daya, aku fotographer yang merangkap driver.
Sesampainya kami di Pekan Ranau, dia terus membawa aku ke Masjid Raya Pekan Ranau. Di sana aku lihat ramai budak-budak sekolah yang sedang bertenggek di perhentian bas.
" Eh, ni sekolah menengah ke? "
" Hm...u nak tau tak...dulu ni la sekolah i.. "
" Masa sekolah dulu u pakai skirt la kan? "
" Tak la, i pakai baju melayu la...mana boleh pakai skirt, nanti orang tengok pakai cermin, bahaya "
Aku cuma tersenyum. Dalam hati senang sebab aku tahu dia pandai jaga diri.
Aku berlalu pergi meninggalkan dia menunggu aku di bawah sepohon pokok tepat di hadapan pintu masjid. Aku berjalan berwuduk, solat dan aku suduj berdoa agar apa yang aku impi dan harapankan menjadi kenyataan. Agak lama aku biarkan dia di dalam kereta menunggu aku selesaikan kerja-kerja. Hampir setengah jam. Aku masuk ke kereta dan mengemas serba sedikit alatan. Aku terus bertanyakan gerai mana yang selesa untuk berhenti makan dan berehat-rehat sebentar. Kami terus ke pekan Ranau, kereta melintas bukit yang menjunam turun dengan kadar yang pelahan, aku berhati-hati kerana agak bahaya kanak-kanak melintas. Di kedai makan, memang aku terasa orang-orang di sana memandang pelik pada aku, mungkin kerana aku orang asing, biasa la...aku pun macam tu.
Sms yang menganggu ketika itu :
Aseng : Ko kat ne dah skang?jadi brmalam d kundasang?baik2 kang telur ko kat dahi kang,hahahahaha
Aseng : Cilakak,sdpla malam ni ko leh 'charge' energy pantaz.okez jmpa sok..
Labu : Apa crita?katne da?
.
.
.