“Macamna? Pakai kereta ni?”
Aseng menepuk sedikit bahagia kereta kancil. Sambil bertanya dia duduk bersebelaha aku. Dia tahu, sepatutnya aku menyewa kereta yang lebih baik seperti mana yang dah aku rancang dengan Daisy.
“ Hah la..senang..sewa dengan Labu je..leceh la orang tu..lain macam je rasa. Lagipun Labu tak syorkan aku sewa kereta tu...ada ke patut, dia kata kalau sewa kereta tu, aku tak boleh bawa keluar dari KK.....Aku nak bawak pergi tempat-tempat lain, kalau macam tu baik tak yah sewa kan..? Nanti kalau aku ambil jugak...ntah apa jadi kalau dia jumpa aku tempat lain...lagipun aku takut condition dia tak elok...pendek kata, memang aku was-was la ”
“ Ha....tu, dah jadi merepek...baik ko tak yah layan...sial!.... Abih tu, minah tu macamana? Dia tak kata apa-apa? ”
“ Dia ok je..ikut aku nak macam mana je ”
Minah? Hm..sebenarnya, semenjak aku sampai di KK ni pada tengahari 6/2..bukan Labu dan Aseng saja yang aku call atau sms. Sengaja tidak aku ceritakan..mungkin bila di tambah dengan ceritanya, perjalanan akan menjadi bertambah rumit...lagipun dalam sesuatu drama, heroin tak kan keluar dulu dengan cepat....dalam beberapa hari yang awal aku hanya ber’sms’ dengannya, tidak bersua muka. Kami merancang perjalanan dan dia membantu aku mencari kereta sewa. Dia seakan bersungguh-sungguh menolong aku dan aku ajak dia untuk sertai penggembaraan aku . Ternyata penantian aku untuk jawapan dia mahu bersama menemani aku tidak sia-sia walaupun penantiaan itu sangat memeritkan. Dia sanggup dan dalam hati aku girang sekali.
Seperti biasa sebelum aku bertolak aku memeriksa beberapa bahagian kereta yang aku tahu. Mengisi minyak petrol dan memeriksa bahawa angin cukup berapa di dalam tayar. itu je pun yang aku tau tengok. Walaupun kereta ni agak mengecewakan, sekejap-sekejap dia akan semput dan memaksa aku menggunakan gear dengan tekanan minyak yang betul. Masalah " contact " kata bapa Labu malam semalam, aku cuma mengiya kan sebab tak tahu pun apa "contact" tu apa. Biarpun ia amat merimaskan aku, tapi pagi tadi aku sempat bertanya Labu samada keadaan menjadi lebih rumit, tapi Labu katakan ia takkan jadi lebih teruk, jadi aku rasakan ia tak kan jadi apa-apa. Harap-harap.
Keadaan pagi ni amat menghargai kerja-kerja aku, seakan-akan aku di limpahi rahmat atas kerja-kerja yang aku buat walaupun diri aku tidak sesuci air zamzam. Namun aku tetap berniat...aku ikhlas dalam menjalankan kerja-kerja aku ni. Tapi, dalam firasat aku ujian dari Tuhan takkan terlepas untuk mana-mana hamba-Nya, jadi aku mula terfikir bahawa kejadian hujan semalam akan berulang lagi hari ini. Semalam aku memulakan perjalanan yang agak selesa pada sebelah pagi, tapi di uji dengan hujan pada sebelah petang dan malamnya. Jadi, hari ini aku perlu lebih berhati-hati, rancangan perlu di buat sekarang. Tidak perlu lagi was-was dan teragak-agak dengan keputusan, peduli kan yang diantara (syaitan), si bangsat itu hanya mengganggu aku sejak dari aku boleh berfikir.
" Apa kata kita pergi Tuaran dulu "
" Hah,elok jugak tu..semalam Labu cakap Masjid kat sana pun besar do.."
" Kita pergi sana dulu, baru gerak pegi Kudat..aku takut-takut kalau pergi Kudat dulu nanti, sampai sana dah hujan..lama kan nak sampai? "
" Uih, jauh..mau makan 2 jam lebih jugak..baik kte gerak pergi Turan dulu..apa-apa hal ko ada backup..ada dalam list tak? "
Walaupun Aseng agak sedikit cuma mengulangi kata-kata aku, tapi kata-kata sokongan darinya amat bermakna untuk aku membuat keputusan.
" Takde,tapi kita pergi je..k "
Agak besar juga Masjid Tuaran dengan reka bentuk yang amat menarik. Masjid yang seolah-olah baru di bina ini terdapat suasana meriah yang membuat aku tidak sabar untuk menlangkah ke dalam. Beberapa orang tua kelihatan keluar masuk ke dalam masjid, dan ada di antaranya berlegar-legar di dalam masjid dan sekitarnya sambil memandang kepada aku, memang...aku agak kelihatan pelik dengan bersepatu merah ni, tapi tak perlu membuat aku berasa begitu terasing. Aku menjengah dan aku dapat lihat beberapa kelas mengaji dan tafsir sebagainya sedang di jalankan ,terdapat beberapa orang yang sedang bersolat dan mengaji, aku jeling jam yang berada di tangan. Baru pukul 10 pagi..solat apakah di masa-masa ini? Nah, jahil betul aku. Mungkin solat sunat masuk masjid bisik hati. Aku terus melangkah sambil memetik picu kamera, semakin ramai lah orang yang memandang dan mengerling padaku. Aku biarkan, aku anggap diri sebagai seorang halimunan. Di Masjid Tuaran tidak ada seorang pun yang aku tegur untuk berbual, hanya memandang dan tersenyum.
" Tengok, cantik..besar jugak masjid ni kan "
Aseng yang ada di muka pintu menegur aku.
" Ada kelas mengaji lagi..pandai-pandai anak diorang ni "
" Hah..tu, cantik la gambar-gambar dia beng..jangan terkejut la kalau esok kamera ko ni hilang beng "
" hahaha "
"Tak pun jual dengan aku la beng..Rm1 satu hari selama 8 tahun..macamna?"
Aku menghidupkan enjin untuk memasang pendingin kereta terlebih dahulu.
" Nah beng,ko makan lagi..dah cair dah "

" Eh, bodo dia ni..habiskan la satu-satu dulu...nanti makan la sama-sama..tampar kang "