Saturday, December 12, 2009
Sunyi
Thursday, November 12, 2009
Awal Pagi Itu
Keadaan Pagi itu sangat huru-hara. Dengan beberapa orang murid sekolah memekik dan yang lain nya seperti bersorak, aku jadi binggung. Apa yang dah terjadi? Seketika itu aku lihat beberapa kelipan cahaya yang mengilaukan mataku.
“ Beng! Bagun..bagun..tempat budak-budak ni terbakar! ”
Cepat-cepat aku mengalihkan selimut dan bingkas bangun dari katil. Aku pandang wajah Labu yang terpaksa mendonggak sedikit ke atas untuk memandang aku. Seketika itu Labu mengukir senyum dan ketawa. Nyata, cara Labu menyedarkan aku dari tidur berbahaya sekali, otak ku seperti di sentap kejatuhannya. Labu hanya tersenyum dan pergi, keadaan budak-budak sekolah masih lagi bising. Aku menarik selimut kembali merapatkan tubuh ke dinding. Aku lihat jam 6.45am...
“Beng,bagun..aku mahu kerja ni..nanti ko lambat pula”
Sebaik aku membuka mata, aku hanya dapat lihat bayang Labu yang sudah pun berlalu meninggalkan aku sendiri dalam bilik. Dia sudah siap berpakaian kemas.
“ Ko bagun, mak aku ada masak sedikit. Ada dalam saji, nanti ko ambil sendiri ”
Itu pesanan terakhir dari Labu, setelah beberapa minit Labu keluar, keadaan menjadi senyap sunyi. Baru aku sedar, hanya aku seorang yang tinggal di dalam rumah itu. Tak sedap rasanya berada di dalam rumah orang seorang diri. Aku bingkas bangun mandi, membuat segala persiapan dan beg kamera aku galas dan membawa kunci kereta.
Enjin di hidupkan dan di tunggu sebentar untuk memanaskannya…dengan tepat lagi menunggu kata putus sms dari Aseng kemana hendak aku tuju selepas ni.
“Ko tau rumah aku kan? Aku tunggu d rumah.” Sms Aseng sangat simple..sesimplenya dia yakin yang aku takkan sesat.
Dengan keyakinan diri aku pergi ke rumah Aseng. Kalau semalam aku boleh pergi seorang diri, hari ni tak mustahil bagi aku.
“ Rumah ko kalo dari petronas ni nak pergi mana?”
“Petronas?”
“Ko ada signboard apa situ?”
“Damai”
“Ko dah sesat..main-main la ko beng. Jangan pergi jauh lagi ”
“Ok..kalo mcmtu? ”
“ Ko tau balik rumah Labu? ”
“ Tau ”
“ Hah..balik rumah Labu, aku tunggu ko kat sana ”
Hari itu di mulakan balik dari rumah Labu (sekolah). Aseng datang meletakkan motor nya di bawah bagunan bersebelahan pondok pak guard.
Monday, October 12, 2009
TUARAN
“Macamna? Pakai kereta ni?”
Aseng menepuk sedikit bahagia kereta kancil. Sambil bertanya dia duduk bersebelaha aku. Dia tahu, sepatutnya aku menyewa kereta yang lebih baik seperti mana yang dah aku rancang dengan Daisy.
“ Hah la..senang..sewa dengan Labu je..leceh la orang tu..lain macam je rasa. Lagipun Labu tak syorkan aku sewa kereta tu...ada ke patut, dia kata kalau sewa kereta tu, aku tak boleh bawa keluar dari KK.....Aku nak bawak pergi tempat-tempat lain, kalau macam tu baik tak yah sewa kan..? Nanti kalau aku ambil jugak...ntah apa jadi kalau dia jumpa aku tempat lain...lagipun aku takut condition dia tak elok...pendek kata, memang aku was-was la ”
“ Ha....tu, dah jadi merepek...baik ko tak yah layan...sial!.... Abih tu, minah tu macamana? Dia tak kata apa-apa? ”
“ Dia ok je..ikut aku nak macam mana je ”
Minah? Hm..sebenarnya, semenjak aku sampai di KK ni pada tengahari 6/2..bukan Labu dan Aseng saja yang aku call atau sms. Sengaja tidak aku ceritakan..mungkin bila di tambah dengan ceritanya, perjalanan akan menjadi bertambah rumit...lagipun dalam sesuatu drama, heroin tak kan keluar dulu dengan cepat....dalam beberapa hari yang awal aku hanya ber’sms’ dengannya, tidak bersua muka. Kami merancang perjalanan dan dia membantu aku mencari kereta sewa. Dia seakan bersungguh-sungguh menolong aku dan aku ajak dia untuk sertai penggembaraan aku . Ternyata penantian aku untuk jawapan dia mahu bersama menemani aku tidak sia-sia walaupun penantiaan itu sangat memeritkan. Dia sanggup dan dalam hati aku girang sekali.
Seperti biasa sebelum aku bertolak aku memeriksa beberapa bahagian kereta yang aku tahu. Mengisi minyak petrol dan memeriksa bahawa angin cukup berapa di dalam tayar. itu je pun yang aku tau tengok. Walaupun kereta ni agak mengecewakan, sekejap-sekejap dia akan semput dan memaksa aku menggunakan gear dengan tekanan minyak yang betul. Masalah " contact " kata bapa Labu malam semalam, aku cuma mengiya kan sebab tak tahu pun apa "contact" tu apa. Biarpun ia amat merimaskan aku, tapi pagi tadi aku sempat bertanya Labu samada keadaan menjadi lebih rumit, tapi Labu katakan ia takkan jadi lebih teruk, jadi aku rasakan ia tak kan jadi apa-apa. Harap-harap.
Keadaan pagi ni amat menghargai kerja-kerja aku, seakan-akan aku di limpahi rahmat atas kerja-kerja yang aku buat walaupun diri aku tidak sesuci air zamzam. Namun aku tetap berniat...aku ikhlas dalam menjalankan kerja-kerja aku ni. Tapi, dalam firasat aku ujian dari Tuhan takkan terlepas untuk mana-mana hamba-Nya, jadi aku mula terfikir bahawa kejadian hujan semalam akan berulang lagi hari ini. Semalam aku memulakan perjalanan yang agak selesa pada sebelah pagi, tapi di uji dengan hujan pada sebelah petang dan malamnya. Jadi, hari ini aku perlu lebih berhati-hati, rancangan perlu di buat sekarang. Tidak perlu lagi was-was dan teragak-agak dengan keputusan, peduli kan yang diantara (syaitan), si bangsat itu hanya mengganggu aku sejak dari aku boleh berfikir.
" Apa kata kita pergi Tuaran dulu "
" Hah,elok jugak tu..semalam Labu cakap Masjid kat sana pun besar do.."
" Kita pergi sana dulu, baru gerak pegi Kudat..aku takut-takut kalau pergi Kudat dulu nanti, sampai sana dah hujan..lama kan nak sampai? "
" Uih, jauh..mau makan 2 jam lebih jugak..baik kte gerak pergi Turan dulu..apa-apa hal ko ada backup..ada dalam list tak? "
Walaupun Aseng agak sedikit cuma mengulangi kata-kata aku, tapi kata-kata sokongan darinya amat bermakna untuk aku membuat keputusan.
" Takde,tapi kita pergi je..k "
Agak besar juga Masjid Tuaran dengan reka bentuk yang amat menarik. Masjid yang seolah-olah baru di bina ini terdapat suasana meriah yang membuat aku tidak sabar untuk menlangkah ke dalam. Beberapa orang tua kelihatan keluar masuk ke dalam masjid, dan ada di antaranya berlegar-legar di dalam masjid dan sekitarnya sambil memandang kepada aku, memang...aku agak kelihatan pelik dengan bersepatu merah ni, tapi tak perlu membuat aku berasa begitu terasing. Aku menjengah dan aku dapat lihat beberapa kelas mengaji dan tafsir sebagainya sedang di jalankan ,terdapat beberapa orang yang sedang bersolat dan mengaji, aku jeling jam yang berada di tangan. Baru pukul 10 pagi..solat apakah di masa-masa ini? Nah, jahil betul aku. Mungkin solat sunat masuk masjid bisik hati. Aku terus melangkah sambil memetik picu kamera, semakin ramai lah orang yang memandang dan mengerling padaku. Aku biarkan, aku anggap diri sebagai seorang halimunan. Di Masjid Tuaran tidak ada seorang pun yang aku tegur untuk berbual, hanya memandang dan tersenyum.
" Tengok, cantik..besar jugak masjid ni kan "
Aseng yang ada di muka pintu menegur aku.
" Ada kelas mengaji lagi..pandai-pandai anak diorang ni "
" Hah..tu, cantik la gambar-gambar dia beng..jangan terkejut la kalau esok kamera ko ni hilang beng "
" hahaha "
"Tak pun jual dengan aku la beng..Rm1 satu hari selama 8 tahun..macamna?"
Aku menghidupkan enjin untuk memasang pendingin kereta terlebih dahulu.
" Nah beng,ko makan lagi..dah cair dah "

" Eh, bodo dia ni..habiskan la satu-satu dulu...nanti makan la sama-sama..tampar kang "
Saturday, September 12, 2009
KUDAT 160km
Betul!
Perjalanan bukan saja dua kali ganda, tapi berganda-ganda aku rasa. Baru berapa minit, aku dah tak boleh tahan dengan keadaan jalannya.
" Celaka, tu la..anjing kalau dah banyak sangat, bodoh jadinya...dia main-main tepi jalan pulak..sial betul!"
Hakikatnya Aseng memang suka maki, meriah sikit perjalanan aku ni.
Sambung nanti la cerita kat kudat ni,lupa plak.
Sunday, July 12, 2009
Saat Aku Tersenyum ;-)
Pagi macam biasa, Labu mengejut aku dan hari ini lebih lagi sebab aku di kejutkan sekali dengan terikan buadak-budak sekolah ni. Kipas angin yang berpusing-pusing di atas...betul-betul menyegat badan, sejuk betul...dengan keadaan pagi yang suram ni, rumah Labu dah pun kosong...penghuninya masing-masing dah tinggalkan aku untuk menjalankan aktiviti harian di tempat kerja. Pagi ini aku kena cepat sikit. Aku dah janji dengan dia. Aku tak mahu dia menunggu lama.
BEVERLY HILL
Beverly Hill agak senang untuk aku tuju, walaupun agak tersesat dan terbabas sikit. Dengan sedikit paduan plan yang di lukis oleh Labu. Aku masih boleh sampai ke jalan yang penuh sesak dan jahanam itu. Lagipun, sebelum sampai ke sana aku sudah pun sms dia awal-awal..bila dia kata kredit dah habis, aku call la. Bila aku call pun dia susah nak angkat, naik juga darah...tapi reda balik bila dengar suara dia. Takpe...mungkin dia tengah sibuk bersiap...pujuk hati sendiri. Tepat aku dah berada di kawasan rumah dia. Aku nampak beberapa penghadang jalan di pintu pagar dengan tanda "STOP' dan berlampu merah, hijau...ada dalam empat lorong kelihatan di situ. Aku cuba masuk tetapi penghadang tu seperti menjeling aku tanpa menaikkan dirinya, aku malu dan berpatah balik.
" I tunggu u kat tempat-tempat yang ada lori ni eh " sms kepada Daisy.
Hampir beberapa minit aku menunggu di situ ternyata rumah dia seperti agak jauh. Aku mengurut perut yang rasa pedih. Aku perlu mencari tandas.
" Nanti u tunggu dekat kereta kancil BFL000 tau, i nak pegi toilet jap "
Satu tandas pun aku tak jumpa! Haram betul! Jadi aku berpatah balik ke kereta, dari jauh aku dapat lihat dia sudah pun berdiri di sebelah kereta sambil memerhati keadaan sekeliling sepertinya dia mencari aku. Berbaju cokelat dan berskirt putih, memang menarik untuk aku.
" Hm...camana hari ni..ok? "
" ok "
" Jom...kita pergi Ranau dulu hari ni k? "
" Ok.."
" Ops..sebelum u masuk kereta ni..u ada tugas tau "
" Apa dia? "
" U kena tolong i bukak pintu "
" Why? "
" Sebab pintu i tak boleh buka dari luar "
Kami singgah di petrol stesen, membeli cokelat dan mengisi minyak penuh. Dia menunggu aku di dalam kereta sambil aku ke tandas sekejap.
Perjalanan untuk keluar dari Kota Kinabalu tidak begitu mudah, agak memakan masa yang lama. Sebab, aku mungkin sudah membawa pemandu pelancong yang lebih kurang pengetahuaannya tentang Kota Kinabalu...sesat... Tapi aku tak pernah kisah dan tak pernah peduli, sebab dia dah pun bagitau aku perkara tu awal-awal lagi, sebelum aku sampai Sabah lagi, lagipun aku nak kisah apa sebab aku merasa bahagia sekarang ni.
Hampir 1 jam, kami dapat keluar dari Kota Kinablu dan menuju ke Ranau. Pesan Labu dan Aseng sentiasa aku ingat " Baik-baik beng pergi sana, drop gear break suma nak kena betul, sana bahaya..tak macam genting ". Tapi aku bersyukur hari ni. Kereta ni tidak langsung buat hal seperti sebelumnya. Cuma bunyi alarm yang membingitkan dan pintu kereta je yang rosak sikit.
Agak penat, tapi aku rasa agak senang juga sampai ke Pekan Kundasang. Jalan yang berbukit, dengan keadaan cuaca yang semakin sejuk. Aku merentas kabus-kabus yang ada. Sebaik dia memadamkan aircond, dia membuka tingkap dan melambai-lambai tangan keluar.
" U buat apa tu ? "
" Rasa... angin....i mmg suka buat macam ni la "
" Best ke? "
" Best "
Kelihatan di tepi-tepi jalan gerai-gerai yang di dirikan berbahankan kayu menjual pelbagai barangan. Pekan Kundasang agak sibuk aktivitinya. Aku memerhati sekitar. Aku merasa ada sedikit ala-ala macam negara cina. Dan selepas merentasi beberapa kawasan lagi, sampai la kami di pekan Ranau. Pekan Ranau agak unik bagi aku, bukan sebab itu kampung halaman Daisy. Tapi aku memang suka keadaan tu. Nyaman dan menyenangkan. Aku tertarik bila lihat beberapa budak sekolah yang berjalan dengan baju tebal. Terdapat sedikit kabus berganjak di atas kepala mereka...berjalan merentas bukit-bukit. Keinginan untuk menangkap gambar keadaan itu sangat melonjak-lonjak. tapi apa kan daya, aku fotographer yang merangkap driver.
Sesampainya kami di Pekan Ranau, dia terus membawa aku ke Masjid Raya Pekan Ranau. Di sana aku lihat ramai budak-budak sekolah yang sedang bertenggek di perhentian bas.
" Eh, ni sekolah menengah ke? "
" Hm...u nak tau tak...dulu ni la sekolah i.. "
" Masa sekolah dulu u pakai skirt la kan? "
" Tak la, i pakai baju melayu la...mana boleh pakai skirt, nanti orang tengok pakai cermin, bahaya "
Aku cuma tersenyum. Dalam hati senang sebab aku tahu dia pandai jaga diri.
Aku berlalu pergi meninggalkan dia menunggu aku di bawah sepohon pokok tepat di hadapan pintu masjid. Aku berjalan berwuduk, solat dan aku suduj berdoa agar apa yang aku impi dan harapankan menjadi kenyataan. Agak lama aku biarkan dia di dalam kereta menunggu aku selesaikan kerja-kerja. Hampir setengah jam. Aku masuk ke kereta dan mengemas serba sedikit alatan. Aku terus bertanyakan gerai mana yang selesa untuk berhenti makan dan berehat-rehat sebentar. Kami terus ke pekan Ranau, kereta melintas bukit yang menjunam turun dengan kadar yang pelahan, aku berhati-hati kerana agak bahaya kanak-kanak melintas. Di kedai makan, memang aku terasa orang-orang di sana memandang pelik pada aku, mungkin kerana aku orang asing, biasa la...aku pun macam tu.
Sms yang menganggu ketika itu :
Aseng : Ko kat ne dah skang?jadi brmalam d kundasang?baik2 kang telur ko kat dahi kang,hahahahaha
Aseng : Cilakak,sdpla malam ni ko leh 'charge' energy pantaz.okez jmpa sok..
Labu : Apa crita?katne da?
.
.
.
Friday, June 12, 2009
KUNDASANG
Dari kedai makan, kami terus pergi ke suatu tempat yang di katakan Daisy sangat menarik. Kaki gunung Kinabalu... aku pergi bersamanya kolam air panas, tapi aku tidak berminat mandi di situ, lagipun malas aku nak mandi sorang-sorang. Sebab itu... Daisy cuba bawa aku ke Air terjun, jauh ke dalam hutan.
" Betul ke jalan ni? lain macam je..." tanya aku ragu-ragu..sebab dia sudah pun buat aku sesat beberapa kali.
Dengan pakaian dia yang sebegitu, rasanya tak sesuai berjalan di tempat-tempat dalam hutan ni.
" Betul...tempat dia memang jauh ke dalam...nanti u tengok la "
Memang kami dah sesat, tempat yang di tuju hanya tinggal cerita...tu dah salah jalan...takda apa di situ...Huh!
Daisy cuma tersenyum, kami kembali lagi ke atas, dan cuba menemukan jalan yang betul..setelah beberapa lama, dan dapat melihat eberapa orang yang sedang berjalan di sana, kami bergegas dan yakin jalan yang di temui sudah pn di jumpai...Nasib baik tak sesat dalam hutan.
Selesa betul bila sampai sana. Memang air terjunnya agak nyaman...tapi kami berdua tidak lama di situ, bila datang beberapa orang mat saleh yang berbahasa sabah itu, aku pun ajak Daisy pergi, memandangkan hari pun semakin gelap. Kami pun terus menuju ke Kundasang. Aku memutuskan untuk bermalam di Hotel yang berdiri di lereng bukit, sungguh nyaman di situ..sejuk sangat. Tapi agak bosan kerana di sana tiada apa-apa, melainkan pemandangan.. seketika itu kelihatan mat saleh yang aku jumpa di hutan tadi pun datang, mereka juga bertamu di hotel itu..Hm..macam takde orang lain aku nak jumpa.
Malam itu setelah minum segelas air panas untuk memanaskan badan...badan terasa sangat letih. Sambil minum, kami berborak -borak kosong. Berbincang mengenai keluarga...pengalaman-pengalam yang pernah di lalui dari sekolah dan sebagainya. Kami sangat senang bercerita seakan-akan kami sudah rapat betul... keadaan yang sunyi sepi dan cuaca sejuk yang mencengkam kadang-kadang membuat badan aku bergetar. Daisy cuma duduk mengepit badanya di atas kerusi tempat kami berborak di hadapan cermin. Aku mengambil topi dari dalam beg. Topi 'reebok' biru itu aku lempar kan ke atas meja.
" Hm, buat susah je bawak..bukan pakai pun "
Daisy mencapai topi tersebut. dengan mimik muka yang kehairanan.
" Kenapa u tak pakai? "
" Ala..kecik sangat la..kelakar i pakai.. "
" Eh,yeke? I try pakai eh "
Dia mengenakan topi tersebut...tersenyum aku melihat. comel betul rupanya budak ni.
" Eh,kenapa? kelakar eh? "
" Tak la..comel "
" Ceh... "
Dan kami sambung bercerita sehingga la mata memaksa kami untuk berbaring di katil. Kesejukkan itu membuatkan kami terdesak menggunakan selimut. Hampir-hampir bergaduh kerana selimut yang kecil itu.
" Eh.,kedekut la u ni...bagi la i sikit selimut ni "
" Tak boleh "
" Daisy.." aku sedikit merayu.
" Apa? "
" Sejuk la.. tolong ...."
" Apa??!! "
Aku tersentak! dia marah aku??!
Aku betul tak puas hati...salah ke aku nak mintak selimut sebab kesejukkan? Aku terus diam...semua selimut tu aku campak padanya...dia cuma diam seakan-akan dah tidur. Hati aku betul tak tenang. Aku bingkas bangun. Aku mencapai jaket dan mencapai kunci kereta. Aku keluar mengambil buku catatanku yang aku simpan dalam kereta...dalam hati aku memaki-maki tanda protes dan tak puashati. Di luar cuaca sejuk betul, kabus-kabus tebal menghadang mata...Hm...sejuk ni, camana nak pergi kat kereta ni...bisik hati kecil aku. Ah..hujan pun berapa titik je....aku berlari ke kereta. Di pertengahan itu aku terkena beberapa titis air hujan...baru aku tahu macamana rasa sejuk nya hujan di kundasang ni...menyerap ke kepala otak...beberapa mat saleh memerhati kan aku...dengan cover macho aku cuma mengeraskan tubuh yang menggigil...aku nyalakan sebatang rokok untuk memusnahkan kesejukkan di dalam tubuh...hampir-hampir aku tak puashati dengan beberapa mat salleh yang ada di situ, dia duduk sebelah aku lama betul, penat aku cover..tapi bila dah tak terdaya aku terus cabut dan masuk ke bilik.
Di pintu aku dah mula mendengar gelakkan Lydia, aku jenguk dia tengah ketawa-ketawa...ntah sedang berborak dengan siapa yang menelefonnya...panas hati aku..tadi marah-marah...ni ada orang telefon, bukan main manja...bla la lu minah...ingat best sangat...bisik hati aku.
Aku terus dudk di kerusi dan menulis beberapa rangkap untuk menenangkan hati sendiri.
"nizam"
aku diam
" U pergi mana tadi? "
" Keluar "
" Eh..napa ni? "
" Apa? "
" U marah i ke? "
Aku diam sampai dia tidur...malas betul aku nak layan. Hati sangat sakit, badan sangat sejuk, otak sangat beku... Badan dah mengigil macam mat gian. Aku buka lipatan selimut. Aku tidur... lantak kau la. Hati aku panas.
.
.
.
sms masa tu..
Aseng : Beng ko dah kt ne dah wei,mash d kundasang ke?
Aseng : Sok je g,g ngan awekz ko ke hahahahaha sial le leh charge.ok slmat
Tuesday, May 12, 2009
Kembali Ke KK
Ego aku telah aku buang jauh-jauh, kemarahan tidak begitu membara lagi. tapi hati tetap sedih. Buat selamba je.
Dalam kereta kali ni kami banyak berdiam. Lagipun aku tak tahu nak bercerita sangat. Mungkin dia perasan yang aku banyak diam... dia lagi banyak berbicara kali ni.
Dalam masa 2 jam kami dah sampai di Kota kinabalu.
" Ai..cepat juga u bawak kereta "
" Eh,yeke? "
" Hm..tak sampai 2 jam..biasa 2 jam lebih "
Sampai di Kota kinabalu aku makan bersama dia di sebuah restoran yang dah aku lupa nama restoran tu...berbual serba sikit dan aku hantar dia ke rumah...tengah-tengah bersembang aku mula berfikir apa yang aku boleh buat baki lagi 2 hari di Kota Kinabalu sebab tiket flight ke Sandakan 14hb.
" U ikut i pergi Labuan nak? "
" bila? "
" esok "
" tapi Labuan tak boleh balik hari kan... i dah bagitau u, tiket feri cuma pukul 8am dan 1 pm "
" kita tidur sana la 1 malam...pagi-pagi kita gerak balik kk "
" Hm..ok jugak"
Aku senang hati, dia betul-betul percaya dengan aku. Aku mesti tak boleh musnahkan kepercayaan dia pada aku. Susah perempuan nak percaya aku macamni.
Selepas hantar dia balik. Aku masih terfikir-fikir nak kemana. masa panjang lagi, jadi aku balik ke rumah Labu. Labu kerja, Aseng kerja..hm...
Kerana tidak ada sumber internet dan aku pun tak tahu nak ke cyber cafe mana yang terdekat. Aku cuba mintak tolong Aseng untuk beli tiket online dari Sandakan ke Tawau. Tapi Aseng kata takde, so..aku kena cari Alternatif lain..xpe.
Aku cuba hubungi Dora...mungkin dia kecik hati sebab dari aku datang hari tu, baru berapa kali aku sms dia dan jumpa pun tidak..lagipun, siapa la dia yang aku beria-ia nak keluar dengan dia..hm..
Sunday, April 12, 2009
Dora
SMS bersama Dora :
" Nzm p ranau bila? jumaat ni sy balik ranau "
Ala...masa aku nak jumpa ni la dia nak balik Ranau....takpe.
" Jumpa Dora kat kk la....kalau Dora tak kesah "
" O....nzm brani datang umah saya? Tp kalau nzm ada kerja xpela "
" Dora sekarang kat mana? "
" Kat umah...Tmn Indah Permai "
" O....kat mana tu? "
" Nzm kat mana sekarang? "
" Kat KK "
" Tau tak One Borneo? "
" Ha..tau, pernah pergi sana "
" Dkt2 sna je...klu nzm kuar dr 1borneo, ambl jalan kiri n stret je smpi jmpa trfclight, trus jalan ats yg ada kwsn prumahn....nzm msk smpng kri, jmpa lg smpng, msk kri, jmpa lg smpng msk kri...nzm gna keta apa? "
" O..ok, nanti dalam pukul 5 nzm pergi eh "
Ha....ada pun aktiviti petang ni...jumpa Dora...tak la boring sangat sementara tunggu Aseng dengan Labu balik kerja.
"Ko pergi Sandakan naik apa?" Eh..Sumpit tiba-tiba sms aku.
" Naik flight..dari Sandakan ke Tawau baru cari bas..nape? "
" Ohhh...igt'n ko pki moto or keta...hehe...bru nak tman ko...hehe...ok la tu,n klu ko msh hebat mcm smlm, lepak la mlm ni..hehe.."
" Aku takde hal..cuma Aseng dengan Labu la "
" Xpa aku da ajak ahseng..klu dia on kta on la..coz tdi aku call dia, dia ckp tkut ko letih je,.syg gak dia ngan ko kan..hekhek.."
Ada satu lagi aktiviti malam ni..huh, tak boleh keluar dengan Dora lama-lama sebab aku kena jaga hati kawan-kawan jugak.
Petang tu dalam pukul 5... lepas bersiap-siap ala kadar dan aku terus keluar dari rumah, menuju Taman Indah Permai yang aku sendiri tak tahu kat mana, dan yang lebih tepat, One Borneo tu pun aku dah lupa kat mana sebenarnya... Tapi aku redah je...dalam masa setengah jam berada dalam kereta yang melintasi jalan hiruk pikuk yang tak siap-siap di kawasan Kota Kinabalu tu, Dora dah mula sms risaukan aku.
" Nzm kt mana da? Jumpa x? "
" Hah..tengah berjalan-jalan cari jalan la ni...kejap lagi sampai la "
" Lorong 13 tau "
Nampaknya tak berapa jauh perjalanan ke rumah Dora...sekejap je aku dah sampai. Sesampai je di rumah Dora, dia dah siap bertudung dan duduk di luar rumah.
" Maaf la...tak boleh bagi masuk rumah...abang dengan kakak takde, rumah kosong "
" Eh...xpela, duduk sini je "
" Hm....sehat? "
" Sehat...eh, siap-siap la jom kita kuar jalan-jalan "
" Eh...mana boleh...budak-budak ni siapa nak jaga.. "
O..ada budak-budak..anak abang dia..hm..kena tunggu abang dia balik. Tak lama lepas tu Abg dia pun balik,dan agak lama jugak aku kena layan borak dengan dia, kena interview tak pasal-pasal.....baru ada lesen nak bawak dia keluar..huh..takpe, aku mesti bersikap bertanggungjawab..huhu.
Aku keluar dengan dia tak lama....sekejap je. Kami pergi One Borneo...Dora memang dah berubah hati sikit, dia dah tak berapa suka kat aku rupanya. Yela...perangai aku pun bukan baik sangat...mungkin dah banyak kali buat dia kecik hati. Dah berborak lebih kurang, aku baru teringat yang aku ada janji dengan budak-budak ni nak jumpa lepak-lepak malam ni..hujan la plak ni....
" Dora nak balik dah ke? "
" Hm...lambat-lambat takut abang marah.."
" Yela "
kebetulan aku pun nak balik dah...
Beberapa minit, kami sudah sampai di depan rumah Dora..
" Ala..diorang xde..." Dora sedikit merenggek bila terlihat rumah kosong.
" Mana diorang pergi? "
" Pergi makan la kot.."
" Hm...jom la kita pergi jalan-jalan lagi "
" Ala, xpela...sekejap lagi diorang balik kot...xpela, nzm balik dlu eh "
" Eh, xpe ke dora sorang-sorang tu? "
" Xpe...sekejap je.."
" Dora masuk rumah dulu baru nzm pergi eh "
" ok.."
Aku terus gerak bila dah merasakan yang dia selamat di dalam rumah. Dan itu la kali terakhir aku berjumpa insan bernama Dora.
Tidak berapa lama aku bergerak dari rumah Dora, telefon k770i aku berbunyi.
sms dengan Aseng :
" Aseng, diorang ajak g lepak kat mana ko? "
" Labu g papar, dorang kate nak lpak tnjung aru, aku kt umahla naik mto ujan2 ni "
" Xpe, aku amik ko jap lagi "
" Nzm..diorg kat One Borneo..kena tunggu lambat lagi la nampaknya.." sms dari Dora tiba2.
Aduh...kesian pulak aku kat Dora...nak ajak dia lepak sekali tak boleh, mungkin aku boleh terbunuh kalau aku bawak dia. Takpela, jap lagi balik la abang dia tu.
"Jaga diri baik2 eh Dora"
Ternyata jalan di Kota Kinabalu tidak semudah yang aku sangkakan..niat baik aku untuk amik Aseng di rumah dah bertukar menjadi kekesalan sebab aku dah tak tahu aku kat mana sekarang...mungkin boleh jadi kemarahan sebab kepala aku dah mula berselirat tengok jalan-jalan ni.
" Ko sesat ke? hahaha " Aseng dah mula tanya mungkin sebab dah lama sangat dia menunggu.
" Lebih kurang la, tapi dekat-dekat sini je wei..xpe aku cuba cari "
" Nti xdapt ko msg aku g cri ko jgn ko g jauh2 plak "
Kepala aku makin pening, perjalanan seakan jauh sangat pada aku. Kelemahan aku memang bab jalan berjalan ni..aduh..
" Ko dah kat ne, aku g cri ko la.tak jmpala tu wei "
Aseng dah mula rimas. Hari gelap dengan hujan renyai-renyai tetap tak melemahkan semangat aku.
" Xpe...jap lagi sampai la ni...apa signboard nak g rumah ko? aku cuba sedapkan hati Aseng yang dah gelisah menunggu aku. "
" Xdak sgnboard sini ko cri city mall ko ckp aku ko kat na la senang. ko jgn g mana dah. dah lama ko dah mana dah tu "
Aku dah mula putus asa..mengikut kata Labu, rumah Aseng memang tak jauh dari rumah dia..tapi aku tetap tak jumpa..dan untuk tak menyusahkan aku dan hati Aseng. Aku tunggu di depan rumah Labu (pintu pagar sekolah). Dan Aseng datang kat situ..fuh.
Malam tu aku lepak makan nasi lalap...tak lama sangat sebab diorang kerja dan aku pagi-pagi dan nak gerak pergi Labuan.
.
.