Friday, January 8, 2010


Kalau kat Sabah ini sudah di kira 4.15pm, aku makin runsing. Sabah suatu tempat yang mencabar bagi aku... First Time..lagi pulak sekarang di Sabah musim hujan, banjir. Hm..mesti orang-orang kat semenanjung fikir aku tengah berseronok di sini...Tapi aku tidak kisah mana, yang penting...misi aku dapat di selesaikan semua.

Pantai Sipitang tidak lah cantik seperti yang aku gambar kan...agak tidak di jaga. Tapi duduk di situ menyegarkan sedikit tubuh ku bila terkena hembusan angin air masin.


Aku lihat dari jauh Aseng keluar dari kedai runcit.

" Hah..tu beng...nak beli? "

Aseng menunding jari ke arah kedai yang berpapan tanda " PEMBEKAL PELURU". Aku hanya ketawa.

" Nah Beng..ko nak yang mana?"

suara Aseng mengejutkan aku dari lamunan, mata aku yang tadi terpegun pada satu pulau, terus membuatkan tangan aku menutup buku kecil yang baru aku beli di Pekan Kudat tadi.

" Thank You..Thank You..bagi aku yang ni la "

aku amibil satu tin daripadanya ( ice lemon tea).

Petang tu aku lepak dengan Aseng tepi tembok sebelah pantai sambil memberi pengetahuan am tentang kamera pada Aseng.

Saturday, January 2, 2010

KUALA PENYU

Perjalanan aku ke Kuala Penyu agak selesa kerana aku tidak perlu terkejar-kejar dengan masa. Aku dah dapat aturkan dengan baik. Berehat di Tepi Pantai Sipitang sedikit sebanyak dah memulihkan semangat aku yang keletihan untuk meneruskan perjalanan lagi. Walaupn masih banyak masa.Tapi perjalanan ini aku rasa kan perlu segera kerana aku semakin hilang keyakinan tentang cuaca.

Apa yang aku sangka memang terjadi, hujan renyai-renyai mula kembali turun membasahi bumi..tapi tidak selebat mana. Aku cuba perhati, beberapa buah kereta sudah membuat pusingan U di hadapan.Aku berhenti di tepi jalan, menghulurkan kamera pada Aseng.


"Ambil gambar aku dengan banjir ni...kalau tidak, nanti dia cakap aku buat alasan pulak"

" Hah..tu..betul, biar aku tangkap gambar ko biar di tengok "

Tapi gambar tu tidak membawa maksud aku tidak dapat sampai ke Kuala Penyu. Aseng ada jalan alternative yang lain.

" Macam kat Terengganu aku aku rasa..haha " Kata Aseng sebaik melihat tugu-tugu tiga ekor penyu yang terdapat di pintu masuk Kuala Penyu.

Di Kuala Penyu tidak apa yang menarik, pekan sunyi...tidak tahu kenapa, tapi yang dapat menarik perhatian aku adalah kapal pengangkut kenderaan yang ada di situ. Aku terus parking, berbaris di situ, menunggu giliran untuk merasa pengalam menaiki feri dengan kereta...tidak la jauh mana, cuma merentas sebatang sungai yang dalam...' short cut ' kata Aseng.

" Tapi, kalau ko naik feri ni..tak dapat lah ko bergambar dengan penyu 3 ekor tadi beng "

" Eh, a'ah eh..camana? belakang ada kereta dah ni "

" Tu la...tapi bukan selalu ko dapat datang sini "

" Hm.."

Aku diam berfikir...betul juga...aku asyik gambar Masjid, gambar Aseng, gambar orang lain... gambar diri sdiri tak de.

Feri dah sampai, barisan kereta mula bergerak, aku mula berserah je... Takpe la kalau takde gambar pun... Screettt..!!! Aku buat pusingan U depan feri tu, ramai mata memandang aku dan Aseng... Aahh...bila lagi aku nak bergambar, dekat Kuala Penyu, Sabah...haha

Selesai bergambar serba sedikit dengan Penyu-penyu tersebut aku terus pulang ke Kota Kinabalu. Cuaca semakin gelap, matahari yang bersembunyi telah keluar menjengah tetapi sudah mula melambai untuk pergi.


Mission 7/2 Completed!

Friday, January 1, 2010

Tapi,aku di Uji lagi...Jalan yang aku guna tadi sudah di tenggelami air, aku berhenti di tepi jalan dan melihat keadaan. Beberapa kereta merendah banjir dengan perlahan-lahan. aku melihat wajah Aseng. sesungguhnya stering kereta yang aku genggam adalah kereta kancil...

" Eh,tu ada kereta kancil jalan tu "

" Hah,selamba je beng "

" Boleh kan?...boleh je " aku meyakinkan diri.

" Hah,lepas lori tu jalan,ko follow dia dari belakang "

" Ok.."

" AllahuAkbar! "

Aku lihat Aseng takut betul. Kaki nya bergerak-gerak seakan mahu memakukan kereta ke tanah. Agak panjang juga banjir yang aku redah. Aku ekori trellar di hadapan perlahan-lahan.hampir betul. Tapi air yang telah di biaskan treallar itu sedikit sebanyak mengurangkan daya arus deras yang aku tempuh. Kegelapan malam kadang-kadang mengelirukan aku pada jalan yang aku lalui.

" Jangan tepi sangat, masuk longkang kita ni nanti..ke tengah beng, ke tengah."

Suara Aseng sebenarnya lebih mecemaskan aku dalam keadaan tu...

"Fuh.....lepas"

Aseng mengurut dada.

text dari Labu : " Aku tunggu di Papar dengan Mimi. Nanti kita pergi makan sama.k "

Malam itu tak banyak yang di lakukan oleh kami dan tak banyak pula cerita yang mampu aku kongsi kan. Cuma kami faham tentang penceritaan kami.