Perjalanan aku ke Kuala Penyu agak selesa kerana aku tidak perlu terkejar-kejar dengan masa. Aku dah dapat aturkan dengan baik. Berehat di Tepi Pantai Sipitang sedikit sebanyak dah memulihkan semangat aku yang keletihan untuk meneruskan perjalanan lagi. Walaupn masih banyak masa.Tapi perjalanan ini aku rasa kan perlu segera kerana aku semakin hilang keyakinan tentang cuaca.
Apa yang aku sangka memang terjadi, hujan renyai-renyai mula kembali turun membasahi bumi..tapi tidak selebat mana. Aku cuba perhati, beberapa buah kereta sudah membuat pusingan U di hadapan.Aku berhenti di tepi jalan, menghulurkan kamera pada Aseng.
"Ambil gambar aku dengan banjir ni...kalau tidak, nanti dia cakap aku buat alasan pulak"
" Hah..tu..betul, biar aku tangkap gambar ko biar di tengok "
Tapi gambar tu tidak membawa maksud aku tidak dapat sampai ke Kuala Penyu. Aseng ada jalan alternative yang lain.
" Macam kat Terengganu aku aku rasa..haha " Kata Aseng sebaik melihat tugu-tugu tiga ekor penyu yang terdapat di pintu masuk Kuala Penyu.
Di Kuala Penyu tidak apa yang menarik, pekan sunyi...tidak tahu kenapa, tapi yang dapat menarik perhatian aku adalah kapal pengangkut kenderaan yang ada di situ. Aku terus parking, berbaris di situ, menunggu giliran untuk merasa pengalam menaiki feri dengan kereta...tidak la jauh mana, cuma merentas sebatang sungai yang dalam...' short cut ' kata Aseng.
" Tapi, kalau ko naik feri ni..tak dapat lah ko bergambar dengan penyu 3 ekor tadi beng "
" Eh, a'ah eh..camana? belakang ada kereta dah ni "
" Tu la...tapi bukan selalu ko dapat datang sini "
" Hm.."
Aku diam berfikir...betul juga...aku asyik gambar Masjid, gambar Aseng, gambar orang lain... gambar diri sdiri tak de.
Feri dah sampai, barisan kereta mula bergerak, aku mula berserah je... Takpe la kalau takde gambar pun... Screettt..!!! Aku buat pusingan U depan feri tu, ramai mata memandang aku dan Aseng... Aahh...bila lagi aku nak bergambar, dekat Kuala Penyu, Sabah...haha
Selesai bergambar serba sedikit dengan Penyu-penyu tersebut aku terus pulang ke Kota Kinabalu. Cuaca semakin gelap, matahari yang bersembunyi telah keluar menjengah tetapi sudah mula melambai untuk pergi.
Mission 7/2 Completed!